Friday, December 24, 2010

Surat dari Hawa utk Adam

Ohh Adam...

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan
hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau
pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi
tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari
landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika
bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu
maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak
lebih dari empat pada satu waktu.


Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu
yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi
sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi
perkara.

Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum
wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau
diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan
Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi
pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai
menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan
yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku
tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku
keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu,
aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan
guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang
sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan
memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara
kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja
aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi
menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau
sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadapku?

Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa
terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh,
guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu
berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah
didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi
Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam
melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap
mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh
terhadap kaum Hawa?

Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah
ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau
lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala
aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu
nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku
tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.



Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para
sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita
tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku
yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah
engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang
engkau agungkan itu...

Dimanakah Cantiknya Seorang Wanita ?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.





Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Sayangkah Engkau Padaku..?

"Kan banyak kerja dekat pekan tu. Pegi la apply," aku terdiam mendengar kata yang diucapkan oleh satu-satunya adikku itu.

Sejujurnya aku terasa hati. Adikku sayang. Bosankah engkau kerana sering melihatku di rumah kita yang tidak seberapa ini? Bosankah lidahmu menjamah masakanku setiap pagi, tengah hari, dan malam? Adakah aku menyemak di dalam hidupmu?

Aku tersengih lantas menjauhkan diri darinya. Abang cuma diam membisu. Tidakkah engkau ingin mengatakan sesuatu untuk membelaku wahai abang?

Adikku, apakah dirimu bosan mendengar nasihatku? Ku harap dirimu menjadi matang. Apabila di suruh ibu, engkau berpura-pura tidur lantas berpura-pura itu menjadi benar. Engkau benar-benar tidur. Akhirnya, aku yang mengerjakan apa yang di suruh ibu.



Aku tidak merungut dik. Tapi sejujurnya aku kecewa dengan sikapmu. Aku berusaha memahami dirimu sehinggalah bila engkau melukai hatiku, aku tidak akan membalas. Pernah berkali-kali ibu memintamu mengangkat sebaldi air untukku tetapi tidak engkau laksanakan. Tak mengapa dik, ia telah berlalu dan aku juga tidak mengharap padamu ketika itu. Lalu dengan bersusah payah diriku memaksa kakiku yang bengkak melangkah mengangkat sebaldi air kerana sudah dua hari diri ini tidak mandi.

Adikku sayang, engkau dengan malu-malunya menerima wang RM50.00 dariku. Aku tersengih. Beberapa minggu kemudian, engkau dengan malu-malu meminjam lagi RM50.00. Engkau berjanji akan membayarnya bila mendapat biasiswa nanti. Aku tersenyum lagi. Ku tahu benar sikapmu sayang. Dalam hati aku menghalalkan wang itu. Padaku, apalah nilainya sekeping kertas yang tertera "RM 50.00"  itu dibanding dengan dirimu. Kita hidup bersama hampir 18 tahun. Duit itu baru singgah beberapa hari dalam hidupku. Tak mengapa dik. Engkau gunalah wang itu untuk membeli top up dan sebagai tambang pulang dari sekolah. Walaupun aku sebenarnya mengharap dirimu membeli buku latih tubi yang harganya engkau juga tahu ianya lebih murah dari top up RM 5.00 itu.

Adikku, jangan bersedih. Engkau tidak buruk pada pandangan mataku. Cuma diri ini sedikit kecewa. Engkau mempunyai paras yang kacak, sopan tutur bicara dengan orang tua selain dari ibu kita yang telah tua dan kurus tubuhnya itu. Aku kecewa kerana sikapmu itu tidak engkau kekalkan di rumah. Padahal kami lebih memerlukan sikapmu itu.

Adikku, dua tahun lalu diri ini melanjutkan pelajaran ke IPTS. Apabila diri ini pulang bercuti atau pulang kerana menguruskan pinjaman, terkadang ibu tiada di rumah. Ibu ke kebun seorang diri tanpa di temani sesiapa. Betapa pilu hatiku.

Satu hari aku ke hutan mencari orkid dengan ibu untuk di jual di pasar. Ibu luahkan segala-galanya. Air mataku hampir menitik. Tapi aku kuatkan semangat. Tak mungkin ku tunjukkan air mata ini di hadapanmu ibu. Aku tak mahu engkau menyesal menceritakan semua itu kepadaku.

Aku melihat ada riak-riak kecewa pada raut muka ibu. Ibu kata kakak begitu begini. Ibu kata abang begitu begini. Mereka semua menghalang ibu masuk ke hutan dan pergi ke kebun untuk mengorek halia. Jangan risau adikku, ibu tidak menyebut dirimu. Bukan kerana engkau membantu ibu. Tapi engkau tinggal di asrama ketika itu.

Ibu berkata lagi, "Diorang tak suruh ibu pegi kebun, suruh duduk rumah je. Tapi kenapa diorang tak pergi kebun? Kenapa tak temankan ibu ke kebun?"

Aku terdiam. Cuba menahan air mata. Adikku, bayangkanlah kekecewaan ibu. Ibu menyambung bicaranya, "Diorang tak fikir ke kalau ibu duduk rumah je, diorang nak makan apa? Pandai cakap je tapi taknak tolong."

Aku tidak sanggup melihat ibu berterusan begitu. Lalu aku mengubah topik. Aku cuba membuat lawak. Aku tahu ibu memaksa tawanya berderai. Di hutan itu aku dan ibu memakan bekal nasi putih dengan ikan masin. Jangan menangis dik. Cerita ini ku tulis bukan untuk mengalirkan air matamu.

Dik, banyak lagi perbualan antara aku dan ibu di dalam hutan sana. Tapi aku tidak mahu mendedahkannya lagi. Bimbang engkau akan mengambil keputusan seperti diriku.

Bulan sudah engkau mengatakan abang long menyuruhmu memasuki Tingkatan Enam Rendah. Tawaran itu juga pernah diberikan kepadaku setelah aku mengambil keputusan untuk berhenti dari kolej. Abang long kata, dia akan tanggung pembelajaranku. Katanya, masuk dekat sekolah swasta dulu sebelum tukar sekolah kerajaan. Tetapi aku menolak.


Adikku, aku tidak mahu menanyakan soalan itu. Tapi kerana tidak ada apa lagi yang hendak di bicarakan aku bertanya juga.

"Dia kata jangan jadi macam saya kan?"

"Iya" jawabnya ringkas sambil tersengih. Ah, engkau memang selalu tersengih. Aku juga begitu sebenarnya.

Biarlah. Mereka tidak tahu apa yang aku fikirkan. Aku juga tidak mahu mereka memikirkannya. Cukuplah Allah sahaja yang tahu.

Adikku, pada suatu petang semasa berada di dalam kebun mak berkata, "Kita kena pulang awal. Mak tak tahan lagi." Aku cemas. Aku melihat mak memang tidak berdaya lagi. Lututnya terketar-ketar. Bibirnya pucat. Mak memegang dahinya. Aku tahu ibu pening. Aku bergegas mengumpul semua halia.

Aku tidak pernah menceritakan ini kepada sesiapa adikku. Tapi untuk menyara kita sekeluarga ibu sanggup melawan segalanya. Ku kira setelah itu pasti kami akan bergegas ke jalan besar yang hampir empat kilometer jauhnya. Jangkaan ku meleset dik. Ibu singgah sekejap di ladang getah makcik untuk mengutip paku pakis yang hidup subur. Engkau pun tahu keadaan jalan ke kebun bagaimana. Melalui bukit-bukau dan sebagainya. Jika ku punya badan besar dan empat tangan seperti di dalam kartun Ben 10 pasti akan ku dukung ibu dan tangan yang lain menjinjing karung yang berisi halia dan hasil hutan yang lain. Waktu itu hatiku mengumpat abang kita dik.

Dik, akhirnya kami sampai di rumah dengan selamat. Selalunya ibu ku kira akan terus berehat seperti diriku. Tapi engkau juga tahu sikap ibu bagaimana. Ibu ke nurseri pokok buah-buahan milik abang. Engkau tahu hasil dari nurseri itu tidak seberapa. Ibu memilih beberapa pokok buah-buahan untuk di jual di pasar esok. Aku malu bersenang-senang begitu dik. Lantas aku ke dapur. Aku sedikit kecewa melihat piring belum berbasuh dan nasi belum di masak. Aku geram lalu membiarkan sahaja begitu. Aku lalu turun membantu ibu. Walau sering membantu, aku masih tidak dapat menghafal harga setiap anak pokok itu.. Biarlah.. Memang begitu sikapku.. Aku jarang mengambil tahu jika ia bukan hak ku. Sebab itu aku jarang merasa kecewa. Kerana aku tahu tiada satu pun di dunia ini merupakan hak diriku. Dirimu juga ku pinjam dari Allah.

Malamnya setelah mengqadha solat, aku membantu ibu mencuci halia. Ibu tertawa melihatku membasuh halia seperti membasuh piring. Siap dengan menggunakan span sekali. Adikku, terkadang bila engkau pulang bercuti engkaulah yang di suruh ibu untuk mencucinya. Tetapi engkau hilang ke padang bola. Lalu aku tanpa sepatah kata mengambil alih tugasmu. Jarang sekali engkau menunaikan permintaan ibu. Apabila aku menegur, engkau hanya mendiamkan diri dan tidak lama kemudian engkau mula bergerak membuat kerja. Itu yang aku ingat tentang dirimu.


Seingatku, aku jarang sekali meninggikan suara kepadamu. Aku menegurmu dengan baik. Aku berusaha menjadi seseorang yang boleh engkau banggakan. Aku tahu, rakan-rakanmu cemburu melihatmu mempunyai saudara kandung seperti ku. Terkadang ku lihat mereka menghormatiku lebih dari mereka menghormati saudara mereka sendiri. Adikku, jangan risau. Aku bersyukur kerana engkau adikku.

Setelah solat subuh, aku menggagahkan diri menyiapkan sarapan untuk ibu. Aku juga menyediakan bekal air untuk ibu. Setelah itu aku mengangkat jualan ibu ke tepi jalan. Kalian pada waktu itu menyambung tidur setelah solat subuh. Terkadang abang yang seorang lagi membantuku. Kerana keletihan pada hari kelmarin, aku menyambung tidur.

Adikku, masihkah engkau ingin aku mencari kerja di luar sana? Adikku. Tidak mengapa jika engkau tidak menyedarinya. Aku juga tidak mahu engkau terhutang budi.

Adikku, selama diri ini membantu ibu menyara keluarga, diri ku insaf. Dulu aku juga sepertimu. Sering meminta wang. Tapi aku menggunakannya untuk mengisi perut. Beza antara aku dengan dirimu, dahulu aku belajar menggunakan apa yang ada. Seingatku aku hanya mempunyai beberapa buah buku rujukan milik sendiri. Yang lainnya adalah milik abang kita. Itupun formatnya telah tidak di gunakan lagi.. Aku belajar Bahasa Inggeris menggunakan buku MUET dan Level O. Padahal aku baru Tingkatan 5.

Kerana keadaan keluarga kita yang tidak seberapa, engkau memasuki asrama. Tetapi tidak lama kemudian engkau keluar dari asrama itu. Aku faham. Kerana aku juga pernah tinggal di sana. Mesti engkau penat dan sering tertidur di kelas. Aku menawarkan diri untuk membantumu belajar. Terutamanya Bahasa Inggeris. Tetapi engkau menolak. Jika engkau belajar di ruang tamu, aku menemanimu. Dalam fikiranku, kalau ada apa-apa pasti dia akan bertanya padaku. Semua orang telah tidur pada waktu itu. Hanya kita berdua yang berjaga. Aku membaca buku agama sambil mencuri-curi pandang padamu. Aku kecewa. Engkau leka melayan SMS. Aku menyuruhmu menghentikannya dan mengugut akan mengambil simcard. Engkau terdiam.

Beberapa hari kemudian aku melihatmu semakin menjauhkan diri daripada handphone. Aku gembira. Tetapi aku kasihan bila engkau mengatakan engkau menangis kerana rindu kepada teman wanitamu. Aku berlembut hati dan memberi kelonggaran sedikit. Boleh mesej tapi bukan selalu.

Bila SPM telah tiba, engkau tinggal di asrama. Aku kecewa. Kerana semasa engkau berada di rumah engkau selalu menolak khidmatku untuk mengajarmu. Aku bertambah kecewa apabila setiap kali mesej yang engkau kirim selama engkau di asrama bukan apa-apa. Cuma mesej meminta perkongsian kredit sebanyak RM 1.00. Terkadang aku memberi. Terkadang aku abaikan kerana tidak mahu engkau hanyut dengan cinta manusia itu. Kreditku juga diisi oleh seorang yang misteri. Seperti yang ku katakan tadi, aku tahu tiada satu pun yang menjadi hak ku di dunia ini. Jadi ku biarkan ia juga menjadi rezeki mu.

Adikku, aku kecewa lagi apabila keputusan SPM keluar. Tetapi aku lebih kecewa bila engkau tidak menjaga solatmu.

Sayang, suatu ketika dahulu sebelum abang kita memberimu handphone N95 itu engkau sering meminjam handphone ku yang tidak seberapa ini. Sehingga pada suatu hari handphone ini di masuki virus akibat aktiviti bluetooth-membluetooth yang engkau lakukan. Pada ketika itu handphone ku tiba-tiba tidak boleh berfungsi. Engkau takut separuh mati sehingga takut untuk memberitahuku. Apabila aku meminta handphone itu, engkau membawa ia ke sana dan ke sini. Engkau kira aku akan marah. Adikku, aku bukan mahu engkau takut padaku. Aku menyedari hal itu dan dengan tenang berkata "Biarkanlah handphone tu macam tu. Nanti dia ok lah jugak". Engkau menikus. Aku cuma tersengih. Padahal aku juga tidak tahu sampai bila ia akan terus berkeadaan begitu kerana semasa itu berlaku dulu, ia mengambil waktu berminggu-minggu untuk pulih. Alhamdulillah ianya tidak lama. Cuma sejam barangkali. Sentiasalah bersangka baik pada Allah.

Adikku, mungkin aku tidak sempurna. Aku merasa tidak berguna bila engkau dengan nada menyindir menyuruhku untuk mencari kerja. Aku merasa hormatmu padaku telah berkurangan. Adakah engkau malu pada teman-teman punya kakak yang hanya terperuk di rumah?

Adikku, tanpa diduga aku dipanggil untuk bekerja tidak lama selepas itu. Aku gembira. Ku kira inilah masanya untuk menjadi seperti apa yang kau inginkan. Adikku, tahukah engkau apa yang terjadi? Diri ini berjumpa dengan berbagai ragam manusia. Adikku, kerja di luar rumah itu tidak sesuai untuk diriku. Lalu aku berhenti kerja. Dan aku terkejut apabila engkau dan abang mengatakan aku telah berubah. Aku menjadi kasar dan biadap. Aku terkejut. Mungkin kerana pergaulan dengan teman-teman. Kerana kerja itu juga, Quran ku tidak terjaga. Mungkin kerana melihat perubahanku itu engkau tidak lagi bising soal kerja.


Adikku, dahulu aku juga ingin bekerja. Tapi aku risaukan ibu. Lalu aku ketepikan niat itu. Adikku, dahulu aku ingin membuat pinjaman untuk berniaga. Tetapi ibu membantah. Lalu aku mengalah. Adikku, dahulu aku ingin bercinta. Tetapi aku mencari lelaki yang baik dan serasi dengan dirimu. Jika engkau tidak suka, aku akan membiarkan ia pergi. Adikku, aku sayang padamu. Beberapa kali aku bertanya dengan nada bergurau, "Aku sayang engkau. Engkau sayang aku ke tak?" Engkau dengan selamba berkata "Tidak". Aku hanya tersengih.

Adikku, hari itu aku pening. Lalu berhenti sebentar di hadapan pintu sambil menyandarkan kepala. Engkau tersenyum-senyum lalu menggenggam kepalaku dengan kuat sekali. Setelah itu engkau hantuk-hantukkan ke pintu. Aku tahu engkau bergurau. Aku tidak dapat mengawal imbangan badan lagi. Lalu jatuh terkulai ke lantai. Semasa jatuh kepalaku terhantuk di sebuah kotak besi. Pandanganku gelap. Kepalaku sakit. Tolong jangan bergurau seperti itu lagi adikku...

~ we are special ~

Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,  “We are special!“.


   Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.
“Aku bodoh, mereka pandai…aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat”
   Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka, menyedari bahawa we are special adalah jalan menuju syukur.
 
 
Firman Allah:
 
 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin:4)


   Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya. Firman Allah:
 Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (At-Tiin:5)


   Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yang dikehendaki Allah. 

Firman-Nya:
 Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali Imran:139)


   Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa “we are special!“.


Wednesday, December 22, 2010

Lupakah kita Padanya ?


SAYA SAYANG IBU...

Dari Abu Hurairah R.A: Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” Baginda S.A.W menjawab “Ibumu”, “Kemudia siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”, “Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu” jawab Baginda Rasulullah S.A.W
Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!
Aku mengimbau …
“Man malu mak! Semua kawan2 Man mengejek Man
Mereka kata mak Man raksasa, hodoh
Ada satu mata aja”

“Biarlah Man, lama2 mereka akan penat bercakap

Mereka akan berhenti mengata Man lagi … ”
“Arghhh … Man tak peduli mak
Mereka sentiasa mengejek Man
Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi
Man malu mak .. Man ada mak yang hodoh, mata satu
Man malu mak!”

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya.

Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.
Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu
Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.
Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan. Dia berjaya menjadi seorang doktor pakar bedah yang berjaya.

Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampong. Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya melalui akhbar dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu. Rizman seolah2 telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.


Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota. Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia. Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato’ dan mempunyai dua orang cahaya mata, seorang putera dan seorang puteri.

Hati ibunya melonjak2 ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu. Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibukota.

Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang2 berada dan berjaya.
Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

“Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah” getus ibunya.
Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,
“mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?
“makcik nak jumpa dengan anak makcik”
“anak makcik? Siapa?”

“Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik”

“ooo… sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan”
Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.
Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.
“Siapa kau wahai orang tua?”

“Man .. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampong.”

“Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?”
“Ayah .. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!”
“kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba pula nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!”

“Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa”

“Arghh .. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!”
Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu …

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala. Api itu seolah2 takkan padam malah semakin marak me

njulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya. Rizman rasa panas yang amat membara dan beliau meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba2 dia terdengar satu suara,

“Kau akan kekal dalam api ini selama2nya kerana kau telah derhaka kepada ibu mu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!”
Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar. Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hampir tujuh hari berturut2 dengan mimpi yang sama. Perasaan sebak tiba2 datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya. Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!
Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba2, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.
“Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau ba

lik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?”

“Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak ibu aku Fuad?”

“Hoh .. dah buat salah senang2 kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?” herdik Fuad.

“aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?”

“Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru 2 hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah”

“Apa?” Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!

“Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri”
Man mengambil surat tu dan membaca …
“Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,
Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti Mak menyanyagi anak mak.
Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil2 dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.


Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan2nya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.
"Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.
Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.
Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.
“Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!” jerit Rizman

Dari Abu Hurairah R.A: Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” Baginda S.A.W menjawab “Ibumu”, “Kemudia siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”, “Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu” jawab Baginda Rasulullah S.A.W

Tuesday, December 21, 2010

Ayat Kursi

1) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT akan mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya sehingga subuh

2)barangsiapa membaca ayat al-kursi di akhir setiap solat fardhu, dia akan berada dalam lingkungan Allah SWT hingga sembahyang fardhu yang lain

3) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu, tidak menegah ia masuk syurga, barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke ats rumahnya, rumah jirannya dan ahli-ahli sekitarnya.

4) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan yang benar, pahala-pahala nabi dan Allah melimpahkan rahmat keatasnya.

5)Barangsiapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, Maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya memohon keampunan dan mendoakannya.

6)Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu Allah SWT mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid

7)Barangsiapa membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

cekgu tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

Bukan Senang Jadi DEWASA ..

Dulu saya nak cepat cepat jadi dewasa
Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka
Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh
bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.
Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah boleh mengundi
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.
Saya ingatkan best jadi dewasa ni
Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi overseas
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamok" tapi baru-baru ni saya submit essay pasal forensic evidence in courts of law
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat assignments dan macam-macam.
Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang
Kena professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu
Banyak essay nak kena tulis
Banyak pakai duit
Tak boleh emosional tak bertempat
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..
Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah; 286)

Monday, December 20, 2010

10 Pesanan Imam Syafie

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: menggandakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaikat penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

MENCINTAI tidak bererti MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

Monday, December 13, 2010

Malam Pertamaku

" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita. Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:
"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Saturday, December 4, 2010

Malaikat Maut Memerhati Wajah Manusia 70 kali Dalam Sehari

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan."Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.