Tuesday, September 28, 2010

sabar mencerminkan keimanan

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari

Huraian :Pengajaran hadis:

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)

iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah. 

Saturday, September 25, 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...


Friday, September 24, 2010

Ayah Ibu

A: Ibubapa Menurut al-Qur’an.


Terdapat tiga ayat di dalam al-Qur’an yang saling berulang, yang dapat kita gunakan untuk mengetahui betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Ayat-ayat tersebut adalah:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36][1]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]


Jika kita mengkaji ketiga-tiga ayat di atas, akan ditemui bahawa ia memiliki tiga kesamaan:

Pertama:

Ayat-ayat di atas kesemuanya menghubungkan perintah berbuat baik kepada ibubapa dengan perintah mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dalam susunan kata yang lain, setelah diperintahkan kepada kita untuk mentauhidkan-Nya, yakni dengan mengesakan-Nya dan beribadah kepada-Nya sahaja, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa. Ini menjadi ukuran pertama tentang betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Seandainya kedudukan dan tuntutan ini adalah “biasa-biasa” sahaja, nescaya Allah tidak akan meletakkannya di tangga kedua selepas perintah mentauhidkan-Nya.

Perlu difahami bahawa mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak semata-mata dengan berkata “Tidak ada tuhan melainkan Allah”. Apa yang tersemat di hati dan terukir di lisan perlu dibuktikan kemantapan dan kemurniannya dengan perbuatan, yakni amal ibadah. Seterusnya amal ibadah itu terbahagi kepada dua jenis:
  1. Ibadah yang bersifat “menegak (vertical)”, iaitu yang melibatkan hubungan antara kita dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ini adalah ibadah-ibadah yang masa, tempat dan caranya telah ditentukan secara terperinci oleh Allah dan Rasul-Nya. Wudhu’, solat, puasa, haji dan zikir termasuk dalam kategori ini.
  2. Ibadah yang bersifat “mendatar (horizontal)”, iaitu yang melibatkan hubungan antara kita dengan sesama makhluk. Ini adalah ibadah-ibadah yang telah ditentukan secara umum manakala perincian pengamalannya diserahkan kepada manusia, selari dengan suasana masing-masing. Berbuat baik kepada ibubapa, jiran, sesama manusia, haiwan dan alam sekitar termasuk dalam kategori ini. Pada waktu yang sama tidak berjumpa dengan bomoh, tidak berdoa kepada sesama makhluk dan tidak mempercayai kekuasaan tertentu pada kejadian tertentu juga termasuk dalam kategori ini.
Berbuat baik kepada ibubapa termasuk salah satu bentuk pembuktian akan kemantapan dan kemurnian tauhid kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tidak sempurna tauhid seseorang yang hanya bersolat dan berpuasa akan tetapi dia tidak mengendahkan hal ehwal ibubapanya. Demikian juga, tidak sempurna tauhid seseorang jika dia hanya memerhatikan ibubapanya sehingga melalaikan kewajipan solat, puasa dan sebagainya. Ketauhidan seseorang hanya akan mencapai tahap kesempurnaan jika dia memerhatikan dengan adil ibadah yang bersifat menegak dan mendatar.

Demi kefahaman yang lebih baik, marilah kita ikuti penjelasan Muhammad Quraish Syihab:

Ibadah, sebagaimana dikemukakan ketika mentafsir (surah) al-Fatihah, bukan hanya sekadar ketaatan dan ketundukan tetapi adalah suatu bentuk ketundukan dan ketaatan yang mencapai puncaknya kerana ada rasa keagungan dalam jiwa seseorang terhadap siapa yang kepadanya dia mengabdi, serta sebagai dampak (hasil) dari keyakinan bahawa pengabdian itu tertuju kepada yang memiliki kekuasaan yang erti hakikatnya tidak terjangkau. Begitu lebih kurang tulis Syekh Muhammad Abduh.
Perintah beribadah dalam ayat ini (al-Nisa 4:36) bukan saja ibadah ritual atau yang dikenali dengan Ibadah Mahdhah, yakni ibadah yang cara, kadar dan waktunya ditetapkan oleh Allah atau Rasul seperti shalat, zakat, puasa dan haji, tetapi mencakup segala macam aktivitas yang hendaknya dilakukan demi kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ibadah yang dimaksudkan adalah perwujudan dari perintah-Nya:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” [al-An’aam 6:162].

Sementara ulama memahami perintah ibadah dalam ayat ini dalam arti “tauhid praktis”, dimana amal-amal kebajikan merupakan buah dari keyakinan kalbu atas keesaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.[2]


Sebelum beralih ke penjelasan seterusnya, ingin diterangkan bahawa menghubungkan perintah berbuat baik kepada ibubapa dengan perintah mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berlaku kepada umat-umat sebelumnya. Di antaranya ialah Bani Israil dimana Allah berfirman:

Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa.” [al-Baqarah 2:83]


Demikian juga Luqman[3], apabila beliau menasihati anaknya, berbuat baik kepada ibubapa diletakkannya di tangga kedua selepas tauhid:

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya.” [Luqman 31:13-14]
 
 

Kedua:

Dalam rangka memerintahkan berbuat baik kepada ibubapa, Allah Subhanahu wa Ta'ala menggunakan perkataan Ihsan (إحسانا) yang bererti berbuat kebaikan yang sebaik-baiknya, melebihi kebiasaan. Penjelasan Muhammad Quraish Syihab sekali lagi menjadi tumpuan:

Al-Qur’an menggunakan perkataan Ihsan (إحسانا) sebanyak enam kali, lima di antaranya dalam konteks berbakti kepada kedua orang tua. Kata Husn (حسن) mencakup “Segala sesuatu yang menggembirakan dan disenangi. Hasanah digunakan untuk menggambarkan apa yang menggembirakan manusia kerana perolehan nikmat menyangkut diri (rohani), jasmani dan keadaannya.” Demikian dirumuskan oleh pakar kosakata al-Qur’an, ar-Ragib al-Asfahani.

Selanjutnya, menurut pakar tersebut, kata Ihsan digunakan untuk dua hal; pertama: memberi nikmat kepada pihak lain dan kedua: perbuatan baik. Kerana itu, kata Ihsan lebih luas dari sekadar “memberi nikmat atau nafkah”. Maknanya bahkan lebih tinggi dan mendalam daripada kandungan makna “adil”, kerana adil adalah “memperlakukan orang lain sama dengan perlakuannya kepada anda”, sedangkan Ihsan adalah “memperlakukannya lebih baik daripada perlakuannya terhadap anda”. Adil adalah mengambil semua hak anda dan/atau memberi semua hak orang lain sedangkan Ihsan adalah “memberi lebih banyak daripada apa yang harus anda berikan dan mengambil lebih sedikit daripada apa yang seharusnya anda ambil”.[4]
 


Ketiga:

Apabila menyentuh ibubapa, ketiga-tiga ayat di atas menggunakan perkataan bi (ب), iaitu wa bil walidain ihsana (وبالوالدين إحسانا). Diingatkan bahawa firman-firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam al-Qur’an bukanlah sesuatu yang berlaku secara rambang, akan tetapi setiap pilihan perkataan dan susunan ayat memiliki maksud dan tujuannya yang tersendiri.

Dalam kes ini, Muhammad Quraish Syihab menjelaskan maksud dan tujuan penggunaan perkataan bi (ب):

Al-Qur’an menggunakan kata penghubung bi ketika berbicara tentang bakti kepada ibubapa: wa bil walidain ihsana (وبالوالدين إحسانا) padahal bahasa juga membenarkan penggunaan li (ل) yang bererti “untuk” dan ila (إلى) yang bererti “kepada” sebagai penghubung kata Ihsan.

Menurut pakar-pakar bahasa, kata ila (إلى) mengandung makna “jarak” sedangkan Allah tidak menghendaki adanya jarak walau sedikit pun dalam hubungan antara anak dan orang tuanya. Anak harus selalu mendekat dan merasa dekat kepada ibubapanya, bahkan kalau dapat (hendaklah) dia melekat kepadanya. Kerana itu digunakan kata bi yang mengandung erti Ilshaq (إلصاق) yakni “kelekatan”. Kerana itulah, maka bakti yang dipersembahkan oleh anak kepada orang tuanya, pada hakikatnya bukan untuk ibubapanya tetapi untuk dirinya sendiri. Itu pula sebab tidak dipilih kata penghubung li (ل) yang mengandung makna “peruntukan”.[5]

Demikian tiga ayat yang saling berulang dan tiga kesamaan dalam ayat-ayat tersebut yang menunjukkan kepada kita betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Kebaikan yang dipersembahkan kepada ibubapa kita hendaklah melebihi daripada kebaikan yang biasa, bahkan sehingga menjadikan kita sebegitu rapat dengan mereka. Lebih penting, berbuat baik kepada ibubapa adalah pembuktian tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Seterusnya marilah kita mengkaji tuntutan berbuat baik kepada ibubapa menurut al-Sunnah.
 
 
[1] Terjemahan ayat-ayat al-Qur’an dalam buku ini diambil daripada Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an oleh Abdullah Basmeih rahimahullah, edisi cdrom The Holy Qur’an v6.31 terbitan Harf IT (www.harf.com).
[2] Tafsir al-Mishbah, (Lentera Hati, Djuanda, 2000-2004), jld. 2, ms. 415.
[3] Siapakah Luqman? Berkata Ibn Katsir: “(Para tokoh) generasi awal berbeza pendapat berkenaan Luqman, adakah beliau seorang Nabi atau seorang hamba shalih yang bukan nabi? Di antara dua pendapat ini, kebanyakan mereka cenderung kepada yang kedua (yakni seorang hamba shalih, bukan seorang nabi).” [Tafsir Ibn Katsir, (edisi Cdrom The Holy Qur’an v6.31; tafsir kepada ayat 12 surah Luqman)] Al-Qur’an dalam persoalan ini bersikap diam, kecuali sekadar menerangkan bahawa Luqman adalah seorang yang telah dikurniakan kebijaksanaan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Firman Allah:
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu. [Luqman 31:12]
Apa yang tidak diterangkan oleh Allah dan Rasul-Nya, bererti ia tidak penting untuk diketahui oleh umat Islam. Maka tidak perlu kita membazir masa dan tenaga untuk mengkaji lebih dalam tentang persoalan ini atau apa-apa yang seumpama. Lebih lanjut, rujuk buku saya Marilah Berkenalan Dengan al-Qur’an terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2005.
[4] Tafsir al-Mishbah, jld. 2, ms. 416-417.
[5] Tafsir al-Mishbah, jld. 2, ms. 417.

Saturday, September 18, 2010

Golongan WANITA Yang Ada KELEBIHAN

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.  Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehSeorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat2 rakaat solat dari wanita  yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

01.  Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

02. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

03. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

04. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

05. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

06.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

07. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

08. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

09. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

13. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

14. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

15. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


16. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emasdan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

  17. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.  

 18. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.  

 19. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Wanita & Pokok Semalu

Pokok Semalu sejenis tumbuhan liar yang mengecut apabila disentuh.

Ia punya perkaitan dengan diri wanita:

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.ha. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
Kita tidak perlu malu dalam menuntut ilmu dan menegakkan kebenaran Allah.Malu yang dimaksudkan adalah malu bertempat :
~ malu untuk menjadi wanita yang rosak akhlak iaitu yang hanya pandai
menggoda lelaki yang bukan mahramnya.
~ Malu untuk melakukan maksiat.
~ Malu pada Allah dan Rasul untuk mengingkari perintah-Nya dan melakukan
larangannya.

Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan. Sabda Rasulullah SAW :" Malu & iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi. "

Dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindak balas daun-daun itu lambang kepada kasih sayang dan persaudaraan.

Bagi si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman.  

Wanita solehah bukan sahaja ibarat mawar berduri~wanita ibarat pohon semalu~duri pada mawar menandakan bahawa mereka tidak boleh didekati sewenangnya~wanita solehah dipagari perasaan malu yang dengannya menjadikan wanita sebagai insan misteri yang istimewa~andai kamu mahu memetiknya gunalah cara yang terbaik supaya kau tidak dilukai~

sama2 lah kita mengambil iktibar dr tumbuhan ciptaan Allah..
moga kita dpt memelihara maruah kita dan terlindung drpd kemaksiatan dan kemungkaran..

'' Tears and Rain ''

How I wish I could surrender my soul;
Shed the clothes that become my skin;
See the liar that burns within my needing.
How I wish I'd chosen darkness from cold.
How I wish I had screamed out loud,
Instead I've found no meaning.

I guess it's time I run far, far away; find comfort in pain,

All pleasure's the same: it just keeps me from trouble.
Hides my true shape, like Dorian Gray.
I've heard what they say, but I'm not here for trouble.
It's more than just words: it's just tears and rain.

How I wish I could walk through the doors of my mind;

Hold memory close at hand,
Help me understand the years.
How I wish I could choose between Heaven and Hell.
How I wish I would save my soul.
I'm so cold from fear.

I guess it's time I run far, far away; find comfort in pain,

All pleasure's the same: it just keeps me from trouble.
Hides my true shape, like Dorian Gray.
I've heard what they say, but I'm not here for trouble.
Far, far away; find comfort in pain.
All pleasure's the same: it just keeps me from trouble.
It's more than just words: it's just tears and rain.

Tears and Rain.

 
Far, far away; find comfort in pain,
All pleasure's the same: it just keeps me from trouble.
It's more than just words: it's just tears and rain.

Friday, September 17, 2010

For The Rest Of My Life MAHER ZAIN

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And i'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was change when you came along..
And theres a couple of words i want to say
For the rest of my life
i'll be with you
i'll stay by your side
honest and true
till the of my time
i'll be loving you..loving you..

For the rest of my life
thru days and night
i'll thank toAllah for open my eyes
Now and forever..
i'll be there for you..
I know that deep in my heart
I feel so blessed when i think of you..
And I ask Allah to bless all we do..
You are my wife,my friend and my strenght
I pray we are together in Jannah
Now I found my self I feel so strong :)

Wednesday, September 15, 2010

Dari HAWA Teruntuk Kaum ADAM

Bismillahir-Rahmanir-Rahim:

 Wahai Adam ...
Engkau ditakdirkan oleh Allah SWT sebagai pemimpin bagi Hawa. Oleh karenanya Allah telah memberi kelebihan padamu, kelebihan yang tidak dimiliki Hawa. Tapi mengapa jarang sekali engkau mencerminkan perilaku layaknya seorang pemimpin? Tahukah engkau apa pemimpin itu?

Wahai Adam ...
Allah SWT telah menciptakan Hawa dari tulang rusukmu. Untuk mendampingimu mengarungi hidup. Mengiring menjadi khalifah fil ard. Jika dulu karena sayangmu pada Hawa engkau memakan buah itu, hingga akhirnya tergelincirlah engkau dari surga, maka sekarang izinkan Hawa mengantarkanmu ke surga kembali dengan menjadi pendamping serta pendukungmu, menegakkan hukum Allah di muka bumi. Menggoncangkan dunia dalam mencapai keridhaan Illahi Rabbi.

Namun Adam ...
Bagaimana engkau akan memimpin Hawa sementara saat ini engkau lebih menggandrungi musik ketimbang ilmu. Bagaimana engkau akan menegakkan hukum Allah sementara kau masih berkiblat pada hukum selainNYA? Bagaimana Hawa harus mendampingi dan mendukungmu sementara kini engkau belum pahami hakikat hidup.

Adam ...
Engkau adalah manusia perkasa, namun kenapa engkau masih bersikap lemah? Lemah melawan hawa nafsu, lemah melawan kesenangan dunia, bahkan kadang kau tak berdaya melawan wujud bernama wanita. Ah... Adam, nelangsa rasanya melihat kau selemah itu. Adam ... Apalah arti dunia jika surga pun di bawah telapak kakinya Hawa, dan tentunya engkau tahu untuk siapa Hawa diciptakan; Hawa diciptakan untuk mengabdi padamu sebagai refleksi ketaatan pada Illahi Rabbi.

Adam ...
Jelas sudah petunjuk hidup dengan Al-Qur’an dan sunnah Nabi. Sudah sempurnakah kau membacanya, sedalam apakah kau memahaminya? Sejauh manakah kau mengamalkannya? Hidupmu bukan untuk sekedar ada. Engkau tercipta punya tujuan yang harus dicapai. Adam ... Engkau adalah kaum yang ditimang–timang sebagai pemuda generasi Islam, yang menyeru kepada Al-Haq (QS. 7 : 181), mencintai Allah SWT (QS. 5 : 54), saling melindungi dan menegakkan shalat (QS. 9 : 71), tidak sebagaimana para pemuda yang menjadi musuh Allah SWT (QS. 9 : 67), para pemuda yang memenuhi janjinya kepada Allah SWT (QS. 13 : 20), tidak ragu-ragu dalam berkorban diri dan harta untuk kepentingan Islam (QS. 49 : 15), serta pemuda yang memahami kondisi realitas lingkungan.

Adam ...
Sadarlah! Engkau adalah seorang pejuang! Tak pernah tercatat dalam sejarah yang namanya pejuang berleha-leha apalagi berpangku tangan. Jadilah manusia dinamis seiring bangkitnya Islam. Satu, dua, tiga, atau empat Hawa menunggumu di pelataran cinta tuk mengiringi engkau berjuang. Seribu bidadari menunggumu di akhir kemenangan perjuangan sebagai syuhada'. Kurang apakah fasilitas dan imbalan yang Allah berikan padamu?

Adam ...
Semoga Allah belum mengunci mati pintu hatimu, sehingga setelah engkau membaca ungkapan ini, engkau bersegera bertekad menjadi Adam yang perkasa penuh keagungan, meninggalkan buaian dunia yang melenakan, menapak tegak di jalan para syuhada'. Karena ketika hati telah terkunci, diberi peringatan atau tidak, tak akan pernah berubah alias sama saja. Mengerikan bukan keadaan sepeti itu?

Dan Adam ...
Jangan lagi kau menjadi manusia lemah yang tunduk pada nafsu, jangan lagi kau terlena dengan kegandrunganmu pada musik dan melupakan ilmu, jangan lagi kau gadaikan hukum Allah dengan cinta sesaat bernama wanita. Karena sebagai kaum Hawa yang tercipta dari tulung rusukmu, aku sukar menerimanya dan aku benci melihatnya!


4 Golongan Lelaki yang Ditarik Wanita ke Neraka  

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na’uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak &  seksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA – AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA – SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT – ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU…”

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S. W. T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S. W. T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S. W. T berikan pada kita.


Semoga bermanfaat.... :)


Marilah Setiap detak-detik jantung..,selalu kita isi dengan..
Asma Teragung diseluruh jagat semesta raya ini...


..Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma wabihamdika AsyaduAllahilaha illa Anta Astagfiruka wa'atubu Ilaik....

150 Juta

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau
tarik tangan aku
Yang sedang
buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia..."

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin
tidak serasi

Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau
cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang
tahan kalau salah yang saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"
Saya kenal sayang saya..."

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau
hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa
nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya
manja, kau saja boleh rasaRahsia kita berdua...

Monday, September 13, 2010

siapa ORANG yang Allah cintai ?

  •  Orang yang bertaqwa.  Allah berfirman yang bermaksud : '' Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa.'' ( surah al-Tawbah 9:4)
  •  Orang yang cepat-cepat bertaubat. Allah berfirman yang bermaksud:''Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.'' (surah al-mumtahanah 60:8)
  • Orang yang adil. Allah berfirman yang bermaksud : '' Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil.'' ( Surah al-Mumtahanah 60:8)
  • Orang yang bertawakal. Allah berfirman  yang bermaksud : ''Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.'' (Surah Ali 'Imran 3:159)
  • Orang yang berbuat kebaikan. Allah berfirman yang bermaksud : '' Dan berbuat baiklah,kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.'' ( Surah Al-Baqarah 2:195)
  • Orang berjuang pada jalan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: ''Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.'' ( Surah Al-Saff 61:4 )

Sunday, September 12, 2010

PadaMu ku bersujud


cute~ hik,hik.. :)



Ku menatap dalam gelap
Tiada insan yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu Ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
KAU tempat ku meminta 
KAU beriku bahagia
Jadikan aku hambaMu selamanya
Yang selalu bertaubat
Ampuni aku Ya Allah
Ya sering melupakanMU
Saat Kau limpahkan kurniaMU
Dalam sunyinya aku bersujud..

Saturday, September 11, 2010

kau AYU dimataku :)

kau cinta pertamaku..

tiada apa yang bisa

menafikan kasih kita

kau ayu di mataku

satu antara seribu

tiada tara didunia

mungkinkan terputus di tengah jalan

mungkin kan terlerai tanpa ikatan

usah ragu dengan takdir

mungkin kita kan berbeza haluan

berakhirnya kisah percintaan

segalanya ketentun Tuhan..

Monday, September 6, 2010

ADAM DAN HAWA

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

 

Hawa…

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

 

Adam…

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

 

Hawa…

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

 

Adam…

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

 

Hawa…

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

 

Adam…

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.




Hawa…

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

 

Oleh itu Adam…

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

 

Adam…

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

 

Begitu juga Hawa…

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

 

Hawa…

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.



Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.


Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Manusia & Masa

SUBUH

Tersungging senyum alam diufuk timur
salam setia pamitan malam pun dihulur
kelibat fajar menyerak dingin
tirai hari dikuak tenang
berderai tingkah unggas dirimba
bersahutan kokok ayam didesa
lalu azan mencarik kesunyian semesta
menitik air wuduk diwajah kita
Ya,Allah berkatilah umur ini seadanya
solatku,hidupku,matiku,penuh seluruh
Hanya buatMu pencipta Subuh..


DHUHA

Muqaddimah kehidupan berlalu pantas
Biduk diri belayar diselaut tugas
Mentari pun makin dermawan dengan sinaran
Rezeki Tuhan ditagih dipinta
NikmatNya diraih diteroka
Segala yang disamudera,didaratan dan udara
Sebutir keringat segunung permata
Namun agar diri tak lupa
Sudi apalah kiranya wahai teman
Istirehat sebentar jiwa dan perasaan
Agar terus tenang dalam gelombang
Disolat Dhuha..pintalah ketenangan..


ZUHUR

Tergelincir mentari diseparuh safarnya
Namun kepanasan membahang jua
Keletihan menjilat seluruh jasad
Mengantuk hinggap di pelupuk mata
Namun hidup ini satu perjuangan
Ditagih rezeki lewat keringat
Diraih tenaga buat keluarga
Namun jangan sekali-kali terleka
Dimasjid,disurau atau di pinggir meja
Solat menanti hadirmu seketika
Demi kuat kembali jiwamu yang penat
Munajatlah dalam solat Zuhur..
4 rakaat...


ASAR

Sinar mentaripun lesu menghadiahkan kehidupan
Angin gemalai membelai wajah petang
Dua mempelai berjalan ditaman
Sekeluarga waktu santai di pepohonan rendang
Keindahan sore kekadang mengalpakan
Lalu Tuhan mengingatkan
'' Demi waktu Asar manusia seluruhnya dalam kerugian
kecuali yang beriman dan beramal dan yang saling berpesan
dalam kebenaran dan kesabaran.''
Lalu penuhilah sumpah Tuhan itu
Agar jiwa tak gusar,emosimu tak nanar
Agar jalan hidup terus tulus dan lurus
Agar kemudi diri tak pincang tersasar
Diwaktu Asar...solatlah
Allah hu akbar!

MAGHRIB

Senja bertemu dipersada buana
Remang-remang jingga mengukir isyarat 
untuk makhluk mula berehat
Tabir hari berlabuh dikaki langit 
mengiringi unggas pulang ke sarang
Setelah puas menikmati siang
Alhamdulillallah..
Diantara gelap dan terang
diantara malam dan siang
Ada sejalur senja yang memisahkan
Begitulah nantinya alam barzakh
Itulah 'senja' alam dunia menuju akhirat
Bukalah mata hatimu untuk melihat
Dari alam syahadah ke alam ghaib
Dalam solatmu di waktu Maghrib


ISYA'

Sebelum diri istirehat dalam dakapan malam
Sebelum melepas penat oleh segala kerja dan urusan
Jika cuaca terang..
Dongakkan kepala ke langit
Lihat bulan dan bintang yang berkelip
Hayati lah yang indah
Ucapkan Subhanallah
Jika cuaca gelap..
Tundukkan kepalamu kebumi
Mungkin hujan ribut akan menimpa
Takutilah musibah 
Ucapkan Innalillah
Sekalipun kemalasan merantai diri
Namun gagahi lah jua demi Illahi
Berwuduk untuk fardhu terakhir
Apungkan zikir paling agung ke bibir
Tuhan pertautkan cintaku yang retak
Disolat Isya'..

DINIHARI

Dua per tiga malam yang sepi
Titis embun yang berguguran dihujung daun
Rerumput basah menjunjung embun
Dingin menyilimuti insan dikasur peraduan
Kekadang lena dibuai mimpi indah
Kekadang resah dipagut igauan ngeri
Saat inilah yang terpilih 
Buat pertemuan dua kekasih
Percintaan insan dengan Tuhan
Semakin wangi disunyi-sunyi begini
Dan demi penyucian jiwa dihujung hari
Tahajjud lah seketika di dinihari

TEMAN
Sungguh,waktu itu berlalu terlalu laju
Namun mengapa kita masih tegar berdosa
Benar sekali seperti yang dihairankan Al-Shafii
: '' peredaran masa adalah suatu yang aneh..tetapi lebih aneh
manusia yang melengahkannya! ''