Pokok Semalu sejenis tumbuhan liar yang mengecut apabila disentuh.
Ia punya perkaitan dengan diri wanita:
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.ha. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
Kita tidak perlu malu dalam menuntut ilmu dan menegakkan kebenaran Allah.Malu yang dimaksudkan adalah malu bertempat :
~ malu untuk menjadi wanita yang rosak akhlak iaitu yang hanya pandai
menggoda lelaki yang bukan mahramnya.
~ Malu untuk melakukan maksiat.
~ Malu pada Allah dan Rasul untuk mengingkari perintah-Nya dan melakukan
larangannya.
Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan. Sabda Rasulullah SAW :" Malu & iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi. "
Dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindak balas daun-daun itu lambang kepada kasih sayang dan persaudaraan.
Bagi si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman.
Wanita solehah bukan sahaja ibarat mawar berduri~wanita ibarat pohon semalu~duri pada mawar menandakan bahawa mereka tidak boleh didekati sewenangnya~wanita solehah dipagari perasaan malu yang dengannya menjadikan wanita sebagai insan misteri yang istimewa~andai kamu mahu memetiknya gunalah cara yang terbaik supaya kau tidak dilukai~
sama2 lah kita mengambil iktibar dr tumbuhan ciptaan Allah..
moga kita dpt memelihara maruah kita dan terlindung drpd kemaksiatan dan kemungkaran..
No comments:
Post a Comment